Isnin, 9 Februari 2009

DUNIA ADALAH TEMPAT PERSINGGAHAN

1) Dunia ini penuh ranjau dan dugaan, dunia ini penuh tipu daya dan syaitan, jangan anda lalai tanpa tujuan kerana dunia yg indah ini adalah persinggahan sementara untuk insan. Dunia yg indah ini adalah ujian. :- (Hukamak)
2) Orang yg beriman akan mengetahui rahsia kejadian alam, kerana dlm hatinya sentiasa tersembunyi pertanyaan-pertanyaan ymg meminta jawapan. Pertanyaan tersebut iaiti :- Alam itu apa? Manusia itu siapa? Dari mana keduanya datang? Siapa yg menciptakan keduanya? Ke mana tujuan keduanya? Bagaimana permulaan terjadi keduanya? Siapa yg mengatur gerak keduanya? Apa erti hidup ini? Apa erti kematian itu? Bagaimana keadaan masa yg akan datang yg sedang menunggu kita? :- (Yusof Al Qardawi)
3) Dengan memerhatikan alam semesta, fitrah dan akal manusia mengatakan, sesungguhnya Pencipta Yg Maha Bijaksana telah menciptakan alam ini tidaklah dengan sia-sia. :- (Hukamak)
4) Tujuan yg sebenar dalam menciptakan langit dan bumi ini dirasakan oleh fitrah dan akal orang yg beriman, iaitu bahawa manusia dalam alam ini mempunyai tugas dan tanggungjawap, dan di sebalik hidup yg fana dan penuh cubaan ini ada lagi kehidupan yg lain. Itulah tujuan hidup dan ke sanalah kesudahan perjalanan hidup manusia. Disitu orang yg berbuat kebaikan akan menerima balasan yg baik, dan sebaliknya orang yg membuat kesalahan akan menerima balasan yg buruk, sehingga akan nyata dan berbeza orang baik dengan yg buruk. :- (Yusof Al Qardawi)
5) Dunia ini adalah kerajaan Allah, segala yg ada di alam ini adalah bekas rahmat Allah. Manusia ini adalah khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanat Allah. Hidup ini adalah pemberian Allah dan kematian adalah qadar atau ukuran dari Allah. Dunia ini kebun tempat berusaha untuk utk mematuhi perintah Allah, dan akhirat itu masa menuai dan menerima balasan dari Allah. Orang yg bahagia adalah orang yg menjalankan petunjuk Allah, dan orang yg malang ialah orang yg membelakangkan diri dari pengajaran Allah. Manusia ini memikul beban dan tanggungjawab dalam negeri yg fana dan penuh cubaan ini, supaya mempunyai persiapan untuk selamanya dalam negeri yg kekal. Kematian adalah jambatan yg menghubung antara keduanya. :- (Hukamak)
6) Alam adalah laksana sebuah kitab yg besar yg terbentang di muka kita, di dalamnya cukup tertulis perjuangan hidup yg telah di tempuh manusia, ada yg beruntung bahagia dan ada pula yg jatuh sengsara. Bagi orang yg bijaksana semuanya itu akan dijadikan guru untuk mengambil pelajaran. :- (Cendiakawan)
7) Alam ini mulanya tidak ada, kemudian ada dan kemudian lenyap kembali. Harta dan jiwa tidak diberikan sebagai kepunyaan yg tetap, akan tetapi sebagai pinjaman. Setiap sesuatu yg ada permulaan, akan ada perubahan dan akan ada akhirnya. :-(Hukamak)
8) Orang-orang yg tidak beriman akan memandang alam ini dengan sebelah mata, dan bagi orang yg beriman memandang dunia ini dengan 2 mata, iaitu dengan mata zahir dan mata batin. Dengan pandangan batin inilah orang tidak mahu berbuat kejahatan walaupun tidak ada orang yg melihatnya, kerana itu pula manusia dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan hartanya. :- (Hukamak)
9) Di dunia ini lebih mudah berbuat kebaikan dari kejahatan, tetapi manusia lebih condong berbuat kejahatan dari kebaikan. Hal ini disebabkan nafsu lebih tua daripada akal. Iblis lebih tua umurnya berbanding manusia. Sedangkan manusia itu di kepung dari 4 penjuru, kiri hawa di kanan nafsu, di muka dunia, di belakang syaitan. Tubuh dan dunia berada dlm kotoran, oleh kerana itu jiwa perlu dibersihkan dengan pengetahuan dan keimanan. :- ( Hukamak)
10) Dunia ini untuk kegembiraan, akan tetapi kegembiraan itu dibungkus dengan kesusahan. Dunia adalah jambatan yg tidak kekal untuk melalui ke negeri yg baqa'. :- (Hukamak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan