Jumaat, 6 Februari 2009

ADAB MASJID

  • Masjid adalah rumah Allah. Barangsiapa yg mengunjungi masjid bererti dia mengunjungi rumah Allah. Oleh kerana itu kita mesti menggunakan adab-adab ketika berkunjung ke masjid, diantaranya ialah :
  • 1. Apabila melihat masid, maka ucapkanlah selawat kepada Rasulullah saw.
  • 2. Melangkah masuk dengan kaki kanan serta membaca doa yg ertinya “Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu rahmatMu.
  • 3. Hendaklah niat iktikaf.
  • 4. Disunnatkan berwudhuk terlebih dahulu sebelum masuk ke masjid.
  • 5. Sebelum duduk disunnatkan solat sunnat Tahiyyatul Masjid dua rakaat.
  • 6. Disunnatkan beriktikaf dalam masjid pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
  • 7. Dianjurkan memakai pakaian yg terbaik dan sunnat memakai baju yg berwarna putih.
  • 8. Disunnatkan memakai wangi-wangian.
  • 9. Empat amalan yg perlu dierbanyakkan di dalam masjid, iaitu:
  • * Dakwah ilallah
  • * Ta’lim dan Ta’alum (ajar dan mengajar)
  • * Zikir dan Ibadah
  • * Khidmat.
  • 10. Hendaklah menutup aurat selama berada di masjid.
  • 11. Tempat solat terbaik bagi seorang lelaki adalah di masjid, sedangkan wanita sebaiknya solat di rumah.
  • 12. Saf yang terbaik bagi lelaki adalah saf yang paling depan, manakala bagi wanita adalah saf yang paling belakang.
  • 13. Dimakruhkan membawa bauan yang tidak sedap ke dalam masjid.
  • 14. Dilarang bicara masalah duniawi di dalam masjid, apalagi mengadakan transaksi/perdagangan.
  • 15. Dilarang mengumumkan barang yang hilang di dalam masjid.
  • 16. Apabila kita sedang membaca Al-Quran, kemudian ada orang sedang solat dekat dengan kita, maka hendaklah kita merendahkan suara, kerana solat adalah lebih utama daripada membaca Al-Quran.
  • 17. Dilarang menjadikan masjid sebagai tempat lintasan, terutama masjid yang berpintu lebih dari satu.
  • 18. Dilarang bersyair dan menyanyi di dalam masjid.
  • 19. Keluar masjid dengan mendahulukan kaki kiri.
  • 20. Baca doa keluar masjid..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan