Ahad, 1 Februari 2009

ADAB TIDUR


Apabila kita tidur dengan mengikut sunnah Nabi SAW., maka tidur kita itu akan dikira sebagai ibadah. Iaitu :-

  • Berwudhuk dan mengerjakan solat sunat 2 rakaat.
  • Pastikan kita sudah membaca Al-Quran sebelum tidur minimum 10 ayat. Diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah tidak akan tidur sebelum ia membaca Surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk.
  • Mengibaskan alas tidur sebelum dihamparkan.
  • Membaca Surah Al-Ikhlas. Al-Falaq dan An-Nas, kemudian ditiup pada dua tapak tangan dan diusapkan ke seluruh anggota badan. Dilakukan sebanyak 3 kali.
  • Membaca Ayatul Kursi.
  • Membaca Tasbih Fatimah iaitu SUBHANALLAH 33 kali, ALHAMDULILLAH 33 kali dan ALLAHU AKBAR 34 kali.
  • Bermuhasabah, atau menghisab diri sendiri.
  • Membaca doa sebelum tidur (ALLAH HUMMA BISMIKA AMUUTU WA AHYA).
  • Rasulullah melarang tidur dengan tertelungkup, kerana hal itu amal dibenci oleh Allah.
  • Apabila kita tidur di masjid, tidak boleh di saf yang pertama.
  • Jauhkan senjata tajam ketika tidur.
  • Berniat bangun untuk mengerjakan solat tahajjud.
  • Membaca ISTIGFAR 3 kali.
  • Membaca doa setelah bangun dari tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan