Isnin, 2 Februari 2009

ADAB TANDAS

* Membaca doa sebelum masuk ke tandas yang ertinya : 'Ya Allah, saya berlindung kepadaMu daripada gangguan syaitan laki-laki dan perempuan.
* Masuk dengan melangkah kaki kiri terlebih dahulu.
* Buang air kecil atau air besar dengan mengikut sunnah Rasulullah, iaitu dengan berjongkok. Cara buang air dengan berdiri adalah cara orang-orang Yahudi dan Nasrani.
* Dianjurkan untuk memakai tutup kepala selama berada di dalam tandas.
* Tidak boleh mengadap atau membelakangi qiblat.
* Jangan bicara selama berada di tandas.
* Tidak diperkenankan menjawab salam ketika berada di tandas.
* Tidak boleh berduaan di tandas kecuali suami isteri.
* Jangan melihat kemaluan.
* Dilarang membaca atau membawa kalimah "Allah" atau "Muhammad" dan ayat-ayat Al-Quran.
* Dilarang makan dan minum.
* Muraqabah selama berada di tandas adalah berfikir bahawa betapa najisnya kita. Kita memakan makanan yang baik tetapi keluar dalam bentuk najis.
* Tekan perut ketika buang air besar.
* Keluar dari tandas dengan mendahulukan kaki yang kanan.
* Keluar tandas baca doa yang ertinya : 'Saya memohon ampun kepadaMu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesakitan dariku dan telah menyehatkanku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan