Selasa, 20 Oktober 2009

Khasiat Surah Al Waqiah



Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran".
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya'. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
Sabda Nabi s.a.w. : "Ajarkanlah Surah Al Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan".
Sabda Nabi s.a.w. : "Barangsiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam maka ia tidak akan tertimpa kefakiran selama-lamanya. Dan Surah Al Waqiah adalah Surah Kekayaan, maka ajarkanlah kepada anak-anakmu semua".



Menurut fatwa sebahagian Ulama' katanya: "barangsiapa membaca Surah Al Waqiah pada setiap hari dan malam dalamsatu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah s.w.t akan memudahkan rezekiiinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula".



Surah Al Waqiah adalah Surah yang ke 56 dalam Al Quran, terletak pada Juz 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al Waqiah kerana di ambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat pada ayat pertama dalam Surah ini, yang ertinya "Kiamat". Di dalam Surah ini menerangkan tentang hari Kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang Mukmin dan orang-orang Kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.


Di dalam Surah Al Waqiah terkandung beberapa khasiat, antaranya ialah :
- Bila orang membiasakan membaca Suar ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang itu akan memperolehi kekayaan yang melimpah ruah.
- Supaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan 3 kali selepas solat Isya. InsyaAllah tidak akan berlalu masa sethun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan dan dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu, bacalah surah ini sebanyak 25 kali sehingga sampai pada malam Jumaat berikutnya, pada malam Jumaat itu ,selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya sebanyak 125 kali  diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedeqah. Kemudian amalkan pada waktu pagi dan petang. Insyaallah berhasil.
- Surah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah dipermudahkan untuk Roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca di sisi orang yang sakit, diringankan kesakitannya. Jika ditulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, insyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga di baca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.


Menurut As Syeikh Abi Abbas, katanya :
- Bila hendak mengamalkan Surah Al Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis.Puasanya tidak makan sesuatu yang bernyawa iaitu tidak makan daging, ikan, segala jenis haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca Surah Al Waqiah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah solat Subuh pada hari Jumaat pertama, maka di akhirilah pembacaan tersebut pada setelah solat fardhu Isya pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca Surah ini sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
InsyaAllah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya dengan izin Allah..





Luasnya Neraka

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah...


Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.


Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.


Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat

Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah

bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'


Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di

bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.


Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,


Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..


Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'


Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan


sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang

selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
    ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
    mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
     70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.



Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'                                              Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1.   Para Nabi
2    Para Ahli Jihad
3.   Para Alim Ulama
4.   Para Syuhada
5.   Para Penghafal Al Quran
6.   Imam atau Pemimpin yang Adil
7.   Tukang Azan
8.   Wanita yang mati kelahiran/beranak
9.   Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
      itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.



Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
SEBARKAN KEPADA 10 ORANG KAWAN, ALLAH AKAN MEMECAHKAN SEMUA KESULITANMU,
INSYA ALLAH...WASSALAM! !!



Mimpi-Mimpi Nabi Muhammad Sebelum Di Israk

Renungan
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan...

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW,
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Ahad, 18 Oktober 2009

RAHSIA WARNA


Merah (The power of red).
Merah adalah warna yang paling kuat dari semua warna. Warna ini akan memberikan kita kekuatan, rasa ingin tahu yang tinggi, cinta & kepemimpinan.
Tips: untuk menaikan mood yang sedang turun, kita bisa menggunakan baju merah atau duduk dibawah sinar lampu meja warna merah. Tarik nafas dalam-dalam lalu hembuskan secara perlahan2. Lakukan selama beberapa minit.


Orange.
Orange adalah campuran dari warna merah dan kuning. Warna ini bisa membuat kita jadi percaya diri, friendly, optomis dan kreatif. Tak hiranlah kalau banyak pejabat di cat warna orange.
Tips: agar kita lebih percaya diri, pakailah baju warna orange. Pantulannya yang fresh dan lebih charming akan diserap oleh tubuh kita.


Kuning.
Kuning sesuai dengan sesuatu yang cheerful, fun dan ceria. Warna kuning banyak kegunaannya, di antaranya mengasah keaktifan, meningkatkan pecaya diri, membangun motivasi, membangkitkan selera makan dan menetralisikn racun dalam tubuh.
Tips: kuning adalah warna untuk menimbulkan inspirasi, letakkn alas meja bermotifkn warna kuning di meja belajar, untuk menambah semangat belajar.


Putih.
Warna putih diertikan sebagai warna yang suci, bersih dan netural. Perlu banyak warna putih disektar kita untuk menghilangkan sifat jemu kita, aura putih terdapat di atas kepala sebagai pusat kehidupan akal dan spiritual kita.
Tips: catlah ruang tamu kamu dengan warna putih, sehingga memberikan kesan luas dan bersih.

Pink.
Sebenarnya warna pink adalah warna sampingan. Warna pink biasa digunakan untuk program diet. Ini kerana efek pink yang membuat kita kurang nafsu makannya. Warna ini juga dapat membuat kita mencintai diri sendiri dan orang lain.
Tips: letak bantal pink atau cadar pink di tempat tidur. Efeknya dapat membuat tidur dengan nyaman dan akan membuat kita mencintai diri sendiri.


Hijau
Hijau adalah warna yang menyihatkan. Makin banyak badan kita di sirami warna hijau. Semakin berlimpah pula cinta kita pada diri sendiri. Dan kita pun akan semakin banyak di cintai orang lain. Warna ini menimbulkn jiwa manusia yang sihat. Warna hijau juga warna yang teduh, menyenangkan dan menyegarkan.
Tips: hiasi pekarangan rumah kita dengan warna hijau yang akan membuat kita menjadi fresh.


Biru.
Biru adalah warna yang paling menenangkan. Jika sedang marah dengan seseorang, perlu warna biru untuk meredakannya warna ini juga dapat membuat kita tidur nyenyak.
Tips: catlah tembok kamar kamu dengan warna biru sehingga memberikan ketenangan untuk jiwa kamu dan memudahkan kamu untuk tidur nyenyak.

Ungu.
Warna ungu akan membuat kita merasa enak (comfort) dan tampil berkarisma.
Tips: pakailah baju atau asesoris berwarna ungu agar kamu terlihat berkarisma.

Hitam
Orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja.tampil menarik, rapi, cukup banyak lawan jenis berusaha mengejar dan merebut cinta.
Tips: pakai asesoris,berbatu permata hitam agar nampak unggul serta bergaya.


Jumaat, 16 Oktober 2009

Hikmah Ilahi Dalam Pengulangan Warna Hijau Dalam Al Quran

Hikmah ilahi dalam pengulangan warna hijau dalam al-Quran
Kata hijau dalam al-Quran berulang-ulang disebutkan. Kata-kata hijau untuk menjelaskan sifat-sifat surga. Allah berfirman: “Mereka bertelekan pada bantal- bantal yang hijau dan permadani- permadani yang indah” (Rahman: 76).
Dalam surat Insan ayat 21 disebutkan: “Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih”.
Salah seorang psikologi menyebutkan bahwa warna punya pengaruh dalam kehidupan manusia. Warna memberikan pengaruh atas sifat-sifat manusia. Warna dapat membuat manusia menjadi riang, sebagaimana dapat membuat manusia sedih.
Menurut penelitian yang telah dilakukan, warna kuning membuat orang menjadi riang. Warna biru membuat manusia menjadi dingin dan tenang. Sementara itu, warna hijau membuat manusia merasa senang dan cinta terhadap kehidupannya. Itulah mengapa di dalam ruang operasi, warna yang dipakai adalah warna hijau.
Ketika seseorang melihat warna hijau ia akan merasa tenang. Karena jarak penglihatan mata terhadap warna hijau lebih pendek dari warna yang lain.[infosyiah]