Sabtu, 12 Disember 2009

CPAP MESIN (alat oksigen)

Salam untuk semua pengunjung blog ini. Pada 9/12/2009 - hari Rabu, ana dapat panggilan dari UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN HOSPITAL KULIM, yang mana ana telah berjaya mendapat bantuan berupa sebuah mesin oksigen (CPAP). Harganya RM4850.00. Tapi ana hanya bayar RM1000.00 shj. Alat ini digunakan pada masa nak tidur shj. Tujuannya untuk tambahkan oksigen dalam tubuh badan kita. Setelah membuat ujian SLEEP STUDY di hospital, Doktor mengatakan nafas ana terhenti lebih kurang 3 minit. Takut jugak. Mujurlah tak berhenti terus. Masih panjang umur lagi.... Kesannya apabila bangun dari tidur, ana masih lemah lagi. Rasa nak tidur lagi. Sebab tu lah Doktor syorkan pakai alat ini. Sekarang ni alhamdulillah bangun pun senang tak letih lagi.

Selasa, 8 Disember 2009

KELAS BARU

Pada 7/12/2009 adalah hari permulaan ana buka kelas baru. sebelum ni, ana tumpang kelas Ustaz lain. Sekarang dah ada kelas sendiri, kenalah kuatkan semangat. 6 orang pelajar dari kelas Nazirah telah berjaya masuk ke kelas Tahfiz. Dan mereka adalah tanggungjawab ana untuk jadikan mereka seorang Hafiz. Doakan untuk ana semoga Allah permudahkan segala urusan ana...

Selasa, 20 Oktober 2009

Khasiat Surah Al Waqiah



Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran".
Sabda Nabi s.a.w. : "Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya'. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
Sabda Nabi s.a.w. : "Ajarkanlah Surah Al Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan".
Sabda Nabi s.a.w. : "Barangsiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam maka ia tidak akan tertimpa kefakiran selama-lamanya. Dan Surah Al Waqiah adalah Surah Kekayaan, maka ajarkanlah kepada anak-anakmu semua".



Menurut fatwa sebahagian Ulama' katanya: "barangsiapa membaca Surah Al Waqiah pada setiap hari dan malam dalamsatu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah s.w.t akan memudahkan rezekiiinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkat pula".



Surah Al Waqiah adalah Surah yang ke 56 dalam Al Quran, terletak pada Juz 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al Waqiah kerana di ambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat pada ayat pertama dalam Surah ini, yang ertinya "Kiamat". Di dalam Surah ini menerangkan tentang hari Kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang Mukmin dan orang-orang Kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.


Di dalam Surah Al Waqiah terkandung beberapa khasiat, antaranya ialah :
- Bila orang membiasakan membaca Suar ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang itu akan memperolehi kekayaan yang melimpah ruah.
- Supaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca sebanyak 3 kali selepas solat Subuh dan 3 kali selepas solat Isya. InsyaAllah tidak akan berlalu masa sethun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan dan dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu, bacalah surah ini sebanyak 25 kali sehingga sampai pada malam Jumaat berikutnya, pada malam Jumaat itu ,selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya sebanyak 125 kali  diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedeqah. Kemudian amalkan pada waktu pagi dan petang. Insyaallah berhasil.
- Surah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah dipermudahkan untuk Roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca di sisi orang yang sakit, diringankan kesakitannya. Jika ditulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, insyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga di baca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.


Menurut As Syeikh Abi Abbas, katanya :
- Bila hendak mengamalkan Surah Al Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis.Puasanya tidak makan sesuatu yang bernyawa iaitu tidak makan daging, ikan, segala jenis haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca Surah Al Waqiah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah solat Subuh pada hari Jumaat pertama, maka di akhirilah pembacaan tersebut pada setelah solat fardhu Isya pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca Surah ini sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
InsyaAllah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya dengan izin Allah..





Luasnya Neraka

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah...


Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.


Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.


Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat

Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah

bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'


Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di

bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.


Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,


Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..


Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'


Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan


sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang

selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
    ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
    mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
     70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.



Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'                                              Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1.   Para Nabi
2    Para Ahli Jihad
3.   Para Alim Ulama
4.   Para Syuhada
5.   Para Penghafal Al Quran
6.   Imam atau Pemimpin yang Adil
7.   Tukang Azan
8.   Wanita yang mati kelahiran/beranak
9.   Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
      itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.


Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.



Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237


Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'
SEBARKAN KEPADA 10 ORANG KAWAN, ALLAH AKAN MEMECAHKAN SEMUA KESULITANMU,
INSYA ALLAH...WASSALAM! !!



Mimpi-Mimpi Nabi Muhammad Sebelum Di Israk

Renungan
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan...

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW,
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Ahad, 18 Oktober 2009

RAHSIA WARNA


Merah (The power of red).
Merah adalah warna yang paling kuat dari semua warna. Warna ini akan memberikan kita kekuatan, rasa ingin tahu yang tinggi, cinta & kepemimpinan.
Tips: untuk menaikan mood yang sedang turun, kita bisa menggunakan baju merah atau duduk dibawah sinar lampu meja warna merah. Tarik nafas dalam-dalam lalu hembuskan secara perlahan2. Lakukan selama beberapa minit.


Orange.
Orange adalah campuran dari warna merah dan kuning. Warna ini bisa membuat kita jadi percaya diri, friendly, optomis dan kreatif. Tak hiranlah kalau banyak pejabat di cat warna orange.
Tips: agar kita lebih percaya diri, pakailah baju warna orange. Pantulannya yang fresh dan lebih charming akan diserap oleh tubuh kita.


Kuning.
Kuning sesuai dengan sesuatu yang cheerful, fun dan ceria. Warna kuning banyak kegunaannya, di antaranya mengasah keaktifan, meningkatkan pecaya diri, membangun motivasi, membangkitkan selera makan dan menetralisikn racun dalam tubuh.
Tips: kuning adalah warna untuk menimbulkan inspirasi, letakkn alas meja bermotifkn warna kuning di meja belajar, untuk menambah semangat belajar.


Putih.
Warna putih diertikan sebagai warna yang suci, bersih dan netural. Perlu banyak warna putih disektar kita untuk menghilangkan sifat jemu kita, aura putih terdapat di atas kepala sebagai pusat kehidupan akal dan spiritual kita.
Tips: catlah ruang tamu kamu dengan warna putih, sehingga memberikan kesan luas dan bersih.

Pink.
Sebenarnya warna pink adalah warna sampingan. Warna pink biasa digunakan untuk program diet. Ini kerana efek pink yang membuat kita kurang nafsu makannya. Warna ini juga dapat membuat kita mencintai diri sendiri dan orang lain.
Tips: letak bantal pink atau cadar pink di tempat tidur. Efeknya dapat membuat tidur dengan nyaman dan akan membuat kita mencintai diri sendiri.


Hijau
Hijau adalah warna yang menyihatkan. Makin banyak badan kita di sirami warna hijau. Semakin berlimpah pula cinta kita pada diri sendiri. Dan kita pun akan semakin banyak di cintai orang lain. Warna ini menimbulkn jiwa manusia yang sihat. Warna hijau juga warna yang teduh, menyenangkan dan menyegarkan.
Tips: hiasi pekarangan rumah kita dengan warna hijau yang akan membuat kita menjadi fresh.


Biru.
Biru adalah warna yang paling menenangkan. Jika sedang marah dengan seseorang, perlu warna biru untuk meredakannya warna ini juga dapat membuat kita tidur nyenyak.
Tips: catlah tembok kamar kamu dengan warna biru sehingga memberikan ketenangan untuk jiwa kamu dan memudahkan kamu untuk tidur nyenyak.

Ungu.
Warna ungu akan membuat kita merasa enak (comfort) dan tampil berkarisma.
Tips: pakailah baju atau asesoris berwarna ungu agar kamu terlihat berkarisma.

Hitam
Orang yang sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja.tampil menarik, rapi, cukup banyak lawan jenis berusaha mengejar dan merebut cinta.
Tips: pakai asesoris,berbatu permata hitam agar nampak unggul serta bergaya.


Jumaat, 16 Oktober 2009

Hikmah Ilahi Dalam Pengulangan Warna Hijau Dalam Al Quran

Hikmah ilahi dalam pengulangan warna hijau dalam al-Quran
Kata hijau dalam al-Quran berulang-ulang disebutkan. Kata-kata hijau untuk menjelaskan sifat-sifat surga. Allah berfirman: “Mereka bertelekan pada bantal- bantal yang hijau dan permadani- permadani yang indah” (Rahman: 76).
Dalam surat Insan ayat 21 disebutkan: “Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih”.
Salah seorang psikologi menyebutkan bahwa warna punya pengaruh dalam kehidupan manusia. Warna memberikan pengaruh atas sifat-sifat manusia. Warna dapat membuat manusia menjadi riang, sebagaimana dapat membuat manusia sedih.
Menurut penelitian yang telah dilakukan, warna kuning membuat orang menjadi riang. Warna biru membuat manusia menjadi dingin dan tenang. Sementara itu, warna hijau membuat manusia merasa senang dan cinta terhadap kehidupannya. Itulah mengapa di dalam ruang operasi, warna yang dipakai adalah warna hijau.
Ketika seseorang melihat warna hijau ia akan merasa tenang. Karena jarak penglihatan mata terhadap warna hijau lebih pendek dari warna yang lain.[infosyiah]

Khamis, 23 Julai 2009

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Ramadhan01_bDari Kitab Kelebihan Rajab, Say`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan say`ban, baikkanlah niatmu padanya, karena kelebihan say`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan say`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. Di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayub a.s Dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan say`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut Dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar Dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di Hari Kiamat, Dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal Hari khamis pada bulan say`ban Dan akhir khamis daripada say`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Say`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Say`ban adalah bulanku, Dan Ramadhan adalah bulan umatku. Say`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa Dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Say`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga Hari daripada bulan Say`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahwa Allah Wat`Ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Say`ban karena padanya terdapat kebaikan yang amat banyak, Dan puasa yang lebih afdhal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Say`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahwa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Say`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Say`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Say`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Say`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat Dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Say`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik Dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (perang Dingin).(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Say`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, Dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun, maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahwa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada Hari nisfu Say`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Say`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahwa Allah at`Ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta DOA pada malam ini.

Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takut akan Allah subhanahuwa at`Ala pada malam ini.

Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, Dan

Pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima DOA), Jibril

Menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca (Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir) ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

Rabu, 8 Julai 2009

Asas 6 Sifat Tabligh

1. Yakin terhadap kalimat Thoyyibah Laa ilaaha ilallah Muhammadur rasulullah.
• Artinya: Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
• Laa ilaaha ilallah
o Maksudnya: Mengeluarkan keyakinan pada makhluk dari dalam hati dan memasukkan keyakinan hanya kepada Allah di dalam hati.
• Muhammadar rasulullah
o Maksudnya: Mengakui bahwa satu-satunya jalan hidup untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat hanya dengan mengikuti cara hidup Rasulullah s.a.w.
2. Shalat khusyu' dan khudu'.
• Artinya: Shalat dengan konsentrasi batin dan rendah diri dengan mengikuti cara yang dicontohkan Rasulullah.
• Maksudnya: Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah dalam shalat kedalam kehidupan sehari-hari.
3. Ilmu ma'adz dzikr
• Ilmu
o Artinya: Semua petunjuk yang datang dari Allah melalui Baginda Rasulullah.
• Dzikir
o Artinya: Mengingat Allah sebagaimana Agungnya Allah.
o Maksudnya Ilmu ma'adz dzikr:
Melaksanakan perintah Allah dalam setiap saat dan keadaan dengan menghadirkan ke-Agungan Allah mengikuti cara Rasulullah.
4. Ikramul Muslimin
• Artinya: Memuliakan sesama Muslim.
• Maksudnya: Menunaikan kewajiban pada sesama muslim tanpa menuntut hak daripadanya.
5. Tashihun Niyah
• Artinya:
Membersihkan niat.
• Maksudnya:
Membersihkan niat dalam beramal, semata-mata karena Allah.
6. Dakwah dan tabligh khuruj fii sabiilillah
• Dakwah
o Artinya: Mengajak
• Tabligh
o Artinya: Menyampaikan
 Maksudnya:
 Memperbaiki diri, yaitu menggunakan diri, harta, dan waktu seperti yang diperintahkan Allah.
 Menghidupkan agama pada diri sendiri dan manusia di seluruh alam dengan menggunakan harta dan diri mereka.

Ketahuilah olehmu wahai sang Isteri

Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunnat selama setahun…

Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, maka pahalanya haji dan umrah…

Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan pada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah….

Sekiranya anda hamil, pahalanya syahid….

Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda sedeqah 1000 ekor kambing pada fakir miskin….

Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng dari api neraka….

Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan yg harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah…

Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu….

Sabtu, 6 Jun 2009

SIFAT-SIFAT PENGHUNI SYURGA

Syurga adalah satu tempat bagi para Nabi, Syuhada’, Shadiqin dan Shalihin. Diantara sifat-sifat penghuni syurga ialah :-

1) Tingggi badan penghuni syurga ialah seperti Nabi Adam A.S. yaitu 60 hasta atau 90 kaki.
2) Ketampanannya seperti Nabi Yusof A.S.
3) Usianya tidak akan tua seperti Nabi Isa A.S.
4) Kesabarannya seperti Nabi Ayyub A.S.
5) Suaranya merdu seperti suara Nabi Daud A.S.
6) Akhlaknya seperti akhlak Nabi Muhammad A.S

KOPI RADIX DAN KAJIAN

Khasiat Kopi Radix:
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.


Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.
Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (


Jumaat, 29 Mei 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Tiap-tiap hari berazam nak solat awal, tapi…………………lewat jugakkkkk………………Astagfirullahhalazimmmm….. Allahuakbar.

Apa laa nak jadik dengan aku ni…..huk huk huk

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …

Mengapa Doa Tidak Makbul

Agama Islam menyuruh penganutnya supaya selalu bermohon kepada Allah swt. Setiap doa yang terbit dari hati yang tulus ikhlas akan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Pemurah.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamutentang aku (Allah) maka (jawablah) bahawa aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik .

Ramai manusia mengeluh bahawa doanya masih belum diperkenankan Tuhan. Setiap pagi dan malam dia menadahkan tangan bermohon kepada Allah tetapi apa yang dimintanya tidak kunjung tiba.

Timbul pertanyaan di dalam hatinya : Kenapakah permohonannya itu masih belum dikabulkan Tuhan? Jarang orang yang berusaha untuk melakukan penelitian apakah sebab-sebabnya.

Pada hakikatnya sebab-sebabnya itu banyak terletak pada diri si pemohon itu sendiri. Kerana salah satu syarat yang penting untuk mendapat pengkabulan doa dari Ilahi haruslah doa itu disertai denagn hati yang khusyuk, bukan berdoa hanya di mulut sahaja. Tidak ada ertinya mulut yang kumat kamit sehingga kering tekak tetapi hati menerawang ke alam lain, jiwa tidak khusyuk mengadap Ilahi.

Dalam salah satu hadis dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk doa yang diperkenankan Allah.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Apabila kamu meminta kepada Allah bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. Allah tidak memperkenankan doa seorang hamba yang hatinya lalai.

Dari hadis tersebut, ditegaskan oleh Rasulullah saw supaya setiap orang yang berdoa harus yakin bahawa doanya akan diperkenankan Tuhan sama ada segera atau lambat. Yakin itu akan timbul apabila seluruh jiwa dan raga dipusatkan mengadap Ilahi.

Salah seorang ulama sufi yang terkemuka iaitu Ibrahim Bin Adham yang hidup pada abad kelapan, pernah memberikan huraian tentang sebab-sebab doa seseorang tidak diperkenankan Tuhan. Tatkala berkunjung ke Basrah, beliau menerima pertanyaan dari sebahagian penduduk : Kenapakah nasib kami masih belum berubah, paa hal kami selalu berdoa, sedangkan Allah menjanjikan dalam al-Quran akan memperkenankan doa setiap orang yang bermohon? Ibrahim Bin Adham memberikan jawapan bahawa sebab-sebabnya ada 10 macam, iaitu:

Yang pertama : Kamu tidak menunaikan hak-hak Allah. Kamu kenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-haknya. Hak Allah swt yang paling utama ialah untuk disembah. Setiap orang wajib mensyukuri nikmat yang dilimpahkan Allah kepadanya dengan jalan menyembahnya dengan sebenar-benar erti ibadah.Bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doa seseorang hamba kalau Tuhan mengatakan supaya dia berjalan ke kanan tapi masih ditempuhnya jalan ke kiri.

Kedua : Kamu tidak mengamalkan isi al-Quran. Kamu senantiasa membaca al-Quran tapi tidak kamu amalkan isi-isinya. Kitab Suci al-Quran senantiasa dibaca, dilagukan dengan bermacam-macam lagu tetapi isinya tidak dipelajari dan dihayati. Kalau pun ada satu dua ayat yang dapat difahamkan tidak pula diamalkan bahkan kadang-kadang sengaja dilanggar.

Ketiga : Kamu tidak mengamalkan sunnah Rasulullah saw. Kamu selalu mendakwa cinta kepada Rasulullah saw tapi kamu tinggalkan sunnahnya. Rasulullah saw menunjukkan jalan yang lurus tapi tidak sedikit manusia yang memilih jalan yang bengkok. Kadang-kadang ada juga yang katanya mengikuti Sunnah Rasul tapi apa yang dikerjakannya itu bertentangan dengan apa yang dilakukan atau digariskan oleh Rasulullah saw, masih lagi mengikuti perkara-erkara khurafat yang bukan dari al-Quran atau as-Sunnah yang sahih.

Keempat : Kamu patuh kepada syaitan. Kamu sentiasa menyatakan bermusuh dengan syaitan tapi kamu patuhi dia. Syaitan itu adalah musuh manusia yang selalu berusaha menjatuhkan anak Adam ke lembah kehinaan dengan jalan mempengarohi nafsu manusia yang jelik. Dalam pergaulan hidup sehari-hari kebanyakkan manusia berlutut kepada syaitan dengan memperturutkan hawa nafsu yang buruk. Seharusnya manusialah yang menguasai nafsunya dan dengan sikapnya itu dia akan berjaya mengalahkan godaan syaitan.

Kelima : Kamu menerjunkan diri sendiri ke jurang kebinasaan. Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka tapi kamu limparkan dirimu sendiri ke dalamnya. Iaitu kebanyakkan manusia ingin memasuki pintu keahgiaan tapi sebaliknya dia sendiri seolah-olah mengunci pintu itu. Dia tidak mahu mengerjakan kebajikan tapi selalu bergelumang dengan perbuatan dosa dan maksiat.

Keenam : Ingin masuk Syurga tapi tidak beramal. Iaitu kamu berdoa untuk masuk Syurga tapi kamu sendiri tidak beramal untuknya.

Ketujuh : Sedar akan mati tapi tidak bersiap-siap untuk menghadapinya. Kamu mengatakan bahawa kematian itu pasti datang tapi tidak pula mempersiapkan diri menghadapinya. Kamu mengakui dan insaf bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja sedangkan hidup yang abadi ialah di akhirat kelak, namun demikian kamu tidak mengerjakan amal saleh yang akan menjadi anak kunci membuka pintu kehidupan yang abadi itu.

Kelapan : Kamu melihat cacat orang lain, cacat sendiri tidak nampak. Kamu sibuk memikirkan dan mengurus aib saudara-sudaramu, tapi kamu tidak melihat aib kamu sendiri . Orang yang demikian selalu menuding jari kepada orang lain tapi amat jarang menghadapkan telunjuknya ke dadanya sendiri.

Kesembilan : Kamu mengecap nikmat tetapi tidak bersyukur. Kamu makan nikmat Ilahi tapi kamu tidak bersyukur atas kurnia itu. Sejak kecil manusia menikmati nikmat Ilahi dan beratus-ratus kurniaan yang lainnya tapi tidak berterima kasih, malah kadang-kadang membangkang menunjukkan sikap bongkak dan lupa daratan.

Kesepuluh : Kamu menguburkan jenazah tapi tidak menginsafkan diri. Kamu turut menguburkan orang yang mati tapi kamu sendiri tidak mengambil iktibar dari peristiwa itu. Iaitu kalau ada orang yang meninggal dunia kamu selalu tidak ketnggalan turut menghantar jenazah itu sampai ke kubur, tapi malang sekali jarang kamu mengambil pelajaran dari kejadian itu, bahawa apabila hari ini kita turut menghantar orang ke kubur, mungkin esok lusa kita sendiri akan dihantar orang.

Demikianlah sepuluh sebab doa seseorang tidak diperkenankan Allah menurut butir-butir hikmah Ibrahim bin Adham. Ini seharusnya mengetuk pintu hati setiap mukmin untuk membuat penilaian dan mengenal diri sendiri. Moga-moga Allah menjadikan kita orang-orang mukmin yang melaksanakan kewajipan-kewajipan kita dengan ikhlas dan yakin.

Fikir-fikirkanlah....

Para pembaca sekalian….

Kita hidup di dunia ini ibarat seperti 3 golongan yg membuat kenduri kendara. Sebelum kenduri dimulakan mereka tentu akan menempah segala kelengkapan seperti khemah, kerusi meja, pinggan mangkuk dan lain-lain lagi kepada si pembekal barang tersebut.

Golongan pertama - setelah selesai kenduri mereka memulangkan barang-barang tersebut seperti pingan mangkuk dalam keadaan kotor dan pecah pulak. Apa yg terjadi ialah si pembekal tadi akan marah. Lagi pulak barang tersebut dah kotor pecah pulak tu. Nak cuci pun dah tak boleh. Maka barang itu pun di buang dalam tong sampah. Begitu juga dengan orang Kafir, mereka pulang dalam keadaan tidak membawa IMAN walaupun sebesar zarah lalu Allah swt murka kepada mereka dan mereka terus di campakkan ke dalam Neraka Allah.

Golongan ke dua – setelah selesai mereka memulangkan barang tersebut seperti pinggan mangkuk dalam keadaan kotor. Apabial sampai kepada tuannya, tuannya akan marah jugak. Lalu pinggan mangkuk itu akan direndam dan di cuci sehingga bersih. Setelah bersih barulah di simpan ke tempat asalnya. Begitu juga dengan kita, apabila kita pulang dalam keadaan Iman yg sangat lemah maka Allah swt akan marah dan kita akan di rendam di dalam Neraka Allah dan setelah barulah kita akan di masukkan ke dalam Syurga Allah dengan keberkatan Laa Ilaaha Illallaah.

Golongan ke tiga pulak – setelah selesai mereka akan memulangkan barang tersebut dalam keadaan seperti yg mereka ambil. Langsung tidak ada yg rosak maka tuannya akan rasa gembira lalu barang itu akan di simpan semula ke tempat asalnya. Begitu juga dengan orang yg beriman kepada Allah, mereka pulang dalam keadaan Iman yg sempurna lalu Allah swt akan gembira dan mereka akan di masukkan ke dalam Syurga Allah.

Maka untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Kita perlulah mengikut para-para sahabat. Merka di dunia lagi telah mendapat redha Allah. Jadi, apakah sifat-sifat yang mereka telah amalkan? Ulamak telah membuat kajian, para sahabat telah beramal dengan 6 sifat iaitu :-

1) Yakin atas kalimah Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasuulullah.

2) Solat Khusyu’ dan Tawadhu’ .

3) Ilmu dan Zikir.

4) Ikram Muslimin.

5) Ikhlas Niat.

6) Berkorban di Jalan Allah untuk menegakkan Agama Allah.