Rabu, 8 Julai 2009

Ketahuilah olehmu wahai sang Isteri

Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunnat selama setahun…

Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, maka pahalanya haji dan umrah…

Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan pada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah….

Sekiranya anda hamil, pahalanya syahid….

Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda sedeqah 1000 ekor kambing pada fakir miskin….

Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng dari api neraka….

Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan yg harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah…

Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan