Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Al Mubarak

Assalamu'alaikum... Nama saya Sya'ban! Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftar...

Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Baraqah dan Maghfirah...Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eidul airlines...

Hargailah mereka dan anda akan mendapat Rahmat...

Semoga Ramadhan akan menjadi titik perubahan dan persediaan sebagai bekalan menghadapi akhirat dan mahsyar... InsyaAllah..

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...

Ketahuilah....

Ramadhan adalah anugrah Allah untuk ummat Muhammad s.a.w. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Itulah malam Lailatul Qadar.

Sesiapa yang berdiri beribadat di malam Lailatul-Qadr dengan iman dan ihtisab (berniat untuk mendapatkan ganjaran) akan diampunkan dosanya yang terdahulu.

Dan sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi.

Setiap amalan digandakan ganjarannya. Amalan sunnat sama dengan amalan fardhu dan amalan fardhu digandakan 70 kali ganda.

Oleh itu,

Saya menyeru kepada semua ummat Islam.... Rebutlah peluang keemasan ini. Supaya kita semua tidak akan menyesal di alam sana...

Ya Allah...

Berilah kami taufiq dan hidayah agar kami dapat memperbanyakkan amal ibadah di dalam bulan ini... Amiiiin!!!

Selamat Berpuasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan