Isnin, 9 Ogos 2010

Pimpinlah Rumah Tangga Ke Arah Syurga


Fahamilah,
Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika dahulukamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk mengharungi badai gelombang yang merbahaya dan ganas ini. Ramai yang tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah bulan serta kerdipan sang bintang. Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata. Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan airmata dititis kerana dunia.
Fahamilah,
Tiada keindahan hidup ini jika amanah Allah tidak didahulukan. Amanah Allah adalah Agamanya. Hidup bukannya untuk mengutamakan nafsu perut dan kepuasan yang membutakan, tetapi hidup adalah ujian kesetiaan diri dengan Tuhan, hidup adalah untuk mendahulukan ajaran-Nya bukan ajaran nafsumu dan syaitan.
Sahabatku yang dikasihi,
Kini engkau melangkah ke dunia baru, dunia kepimpinan, dunia yang diujikan kepadamu seorang yang bernama wanita. Dia mempunyai sifat dan citarasa yang berlainan denganmu, halus perasaannya dengan satu harapan dan impian. Bimbinglah tangannya ke syurga jannah. Temukan ia dengan Tuhannya, temukan ia dengan Nabinya, temukan ia dengan hamba-hamba yang bertakwa. Peliharalah ia baik-baik kerana ia adalah hadiah dari Tuhanmu, jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Bertegaslah kamu dalam urusan akhirat dan berlemah lembutlah kamu dalam urusan dunianya. Isterimu adalah bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu, sempurna engkau mendidiknya, nescaya sempurnalah anak-anakmu, sumbang engkau mendidiknya, sumbanglah anak-anakmu.
Tidak ada yang menemukan perkahwinan kamu ini melainkan dakwah yang menemukannya. Persiapkanlah dirimu dan isterimu dengan ilmu dan amal agar setiap langkah perjalanan tersusun indah dan perkasa. Orang lelaki beriman adalah impian setiap wanita yang baik, ia adalah lambang kekuatan dan kegigihan, ia adalah lambang pelindung dan penghibur. Bentuklah ia mengikut acuan yang kamu inginkan dengan kasih sayang dan ingatlah, menyalahkan kesalahan isteri apabila kamu bersalah adalah melambangkan kelemahan peribadimu. Jadikanlah dirimu tiang yang kukuh untuk isterimu berpaut ketika ujian dan masalah menimpa rumahtanggamu. Jangan engkau tonjolkan kesusahanmu kerana isterimu tidak mampu bergembira jika engkau bersedih. Isterimu adalah teman yang terbaik dan yang paling dipercayai.
Saudari yang dikasihi,
Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu. Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya. Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan senjata kasih sayang. Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi bersabda umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita. Nekadlah dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah keredhaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka. Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga.
Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai puashati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang ia suka dan apa yang ia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah bakal ayah kepada anak-anakmu. Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah dia baik-baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan.
Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah dimana bila manusia melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang memancar indah.

Isnin, 2 Ogos 2010

40 Hari

Salam untuk semua... doakan untuk saya yang lemah ini untuk keluar 40 hari. Dah lama tak keluar. Iman dan Amal pun semakin lemah. Bukan tak mau keluar, tapi ada masalah kesihatan. Yang last kali, saya keluar 20 hari dengan geng pondok. Allah saja yang maha mengetahui, hari ke 5 dah jatuh sakit penat. dan saya dihantar ke HUKM. Di sana saya ditahan selama 33 hari. Allahu Akbar..

Rabu, 28 Julai 2010

Dunia Adalah Tempat Ujian

Dunia ini adalah tempat ujian bagi kita. Sebagai tamsil, apabila kita sedang menghadapi ujian di sekolah, ketika waktu telah habis, maka kertas ujian akan diambil oleh pengawas ujian. Demikian pula kita sedang menghadapi ujian di dunia ini.
Segala perbuatan kita, baik ucapan, pendengaran, fikiran, semuanya akan dicatat oleh Malaikat Rakib dan Atib yang berada di kanan dan di kiri kita. Dan pada hari pengadilan nanti, uku catatan tersebut akan diberikan kepada kita untuk dibaca.
   
  "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab untuk dirimu." ( Al-Israk ayat 14)

  "Dan mereka berkata, 'Aduhai celakalah kami. Kitab apakah ini yang tidak meninggikan yang kecil dan tidak pula yang besar?'. (Al-Kahfi ayat 49)

Kita akan lulus atau gagal, bergantung atas baik dan buruknya amalan kita. Setelah  ujian di sekolah maka kita akan menghadapi ujian praktik dan ujian lisan. Demikian juga di dalam kubur dan di hari pengadilan lisan juga akan di uji.


 



Selasa, 27 Julai 2010

Renungan Untuk Semua

Bacalah sampai habis....
Saya hampir membuang mesej ini namum saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
Allahu Akbar!!!
Bila saya baca mesej ini, saya fkir saya tidak ada masa untuk untuk ini.... Lebih-lebih lagi di waktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.
Kita cuba menyimpan Allah di dalam masjid pada hari Jumaat....
Mungkin malam Jumaat?
Dan sewaktu solat Maghrib sahaja?
Kita ingat Allah pada masa kita sakit...
Dan sudah pasti waktu ada kematian..
Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH semasa bekerja atau bermain...
Kerana... kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung kepadaNYA...
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka....
Bahawa nun disana masih ada tempat dan waktu di mana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku.. (Na'uuzubillah)
Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita...
DIA telah memberikan segala2nya kepaa kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH!!!
Sebarkanlah seandainya ANDA BENAR_BENAR MENGHAYATI!!!
Ya aku CINTA ALLLAH..
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku.
DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.
Ini adalah ujian dari ALLAH...
Kalau anda benar menyintai ALLAH dan tidak merasa malu akan segala kebaikkan yang telah diberi oleh ALLAH kepadamu... Kirimkanlah kepada rakan-rakan anda...
Sekarang!!! Anda ada masakah untuk membuat demikian?
Pastikan anda scrool hingga ke penghaisan...
Susah vs Senang...
Kenapa susah sangatkah nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik sahaja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang mesej agama tetapi kita bangga mem"forward" kan mesej yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istimewa dari ALLAH yang kita pernah terima...
Solat adalah yang terbaik...
Tidak perlu bayaran, tetapi ganjarannya lumayan....

Notes :
Tidakkah melucukan betapa mudahnya kehidupan bagi manusia yang TIDAK beriman pada ALLAH
setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi NERAKA bagi mereka yang beriman pada ALLAH...
Tidakkah melucukan bila seorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUTI SYAITAN, (who, by the way, also "believes" in ALLAH).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan mesej lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal













Isnin, 22 Mac 2010

TAQWA MENAMBAH KECERDASAN

Taqwa adalah asas kecerdasan. Taqwa melahirkan cahaya di dalam hati di mana ilmu sangat memerlukan sinarannya. Kalau kita perhatikan remaja yang terlibat dengan kegiatan dakwah (yang positif) dan banyak melakukan ibadah sunat, akalnya semakin meningkat. Prestasi pelajarannya bertambah baik. Mungkin anda tertanya-tanya, "Apakah kaitannya taqwa dan ibadah dengan kecerdasan ?" Mungkin anda mengenali seseorang yang warak, bertakwa dan banyak ibadahnya. Wajahnya bercahaya, bukan ? Nah, begitulah takwa dan ibadah bukan sahaja setakat mencahayakan wajah sahaja, malah lebih penting lagi ia mencahayakan hati.
Mustahillah jika Allah s.w.t. cuma mencahayakan wajah tanpa mencahayakan hati kerana dari hatilah tempat jatuhnya pandangan Allah manakala wajah pula hanya tempat jatuhnya pandangan makhluk. Cahaya takwa menerangi hati seseorang dan menyebabkan pemiliknya mempunyai hati yang cerah, pintar, kuat hafazan, tinggi daya tangkap, daya telahan dan firasatnya. Nabi s.a.w. bersabda, " Takutilah oleh kamu firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya Allah s.w.t."
Taqwa adalah rahsia kecerdasan ulama'-ulama' dan tokoh-tokoh cendiakawan Islam terdahulu. Dengan takwa mereka dianugerahkan petunjuk, gerak hati, intuisi, ilham, firasat, fikiran yang tajam, genius, ingatan fotografi dan ilmu ladunni. Berkat dari takwalah, ulama' silam mempunyai kepintaran dan kekuatan hafazan yang luar biasa. Mereka mampu menghafalkan puluhan malah ratusan kitab seperti yang berlaku kepada Qartamahrah yang mampu menghafal kesemua kitab yang terdapat di dalam perpustakaan peribadinya.
Dengan bertaqwa, seseorang itu akan dapat berguru terus dengan Allah dengan dikurniakan ilmu ladunni. Ilmu ladunni ialah ilmu terus daripada Allah s.w.t. yang dimasukkan ke dalam hati seseorang tanpa perantaraan. Allah berfirman di dalam Al-Quran, "Dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu diajar oleh Allah (dikurniakan ilmu ladunni)."

MAKSIAT MEMADAMKAN CAHAYA KECERDASAN


Para ulama' telah bersepakat bahawa syarat yang paling penting untuk memiliki hati yang terang dan ingatan yang kuat ialah bertakwa dan menjauhi segala dosa atau maksiat. Meninggalkan perbuatan maksiat membuatkan seseorang mempunyai ingatan dan hafazan yang kuat dan tajam. Ingatan adalah kurniaan daripada Allah s.w.t. yang hanya dianugerahkan kepada orang yang mematuhi dan taat kepada perintah-Nya. Orang yang melakukan maksiat tidak layak menyandang anugerah tersebut.
Imam Syafie pernah mengadu mengenai kelemahannya dalam menghafal kepada gurunya, Syeikh Waqi'. Lalu gurunya melarang beliau melakukan dosa untuk mengelokkan hafalannya dengan ucapan : 
"Sesungguhnya ilmu itu cahaya. Sedangkan cahaya Allah itu tidak dianugerahkan kepada orang-orang yang melakukan dosa."                             

Pada suatu ketika Imam Syafie bersyair :

"Kuadukan kepada Waqi' kelemahan ingatanku. Beliau menyarankan daku agar meninggalkan maksiat. Kekuatan ingatan adalah kurnian Ilahi. Sedangkan kurnia Ilahi tidak diberikan kepada orang yang berbuat maksiat."
Begitu juga nasihat Imam Malik.  Ketika beliau tersangat kagum melihat kecerdasan dan ketinggian minda Imam Malik, "Sesungguhnya saya melihat Allah mengurniakan sinar di dalam hatimu, maka janganlah engkau memadamkannya dengan maksiat."
Maksiat menghalangi ilmu. Ilmu adalah cahaya Allah yang bertempat di hati manakala maksiat memadamkan cahaya itu. Meninggalkan maksiat adalah sebesar-besar sebab tokoh Islam dahulu menjadi terlalu genius dan pintar. Sekiranya anda ingin memiliki IQ yang genius dan ingatan fotografi, maka berusahalah sekuat mungkin untuk menghindari maksiat.
Selain itu, penyebab lupa ialah kesibukan, kebimbangan dan kegilaan terhadap kemewahan dunia. Kegilaan terhadap dunia membawa kepada kegelapan hati. Saidina Uthman bin Affan memnegaskan, " Kebimbangan terhadap dunia menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap akhirat menyinarkan hati."

Ahad, 21 Mac 2010

MAKANAN PENYEBAB LUPA

1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.